Islam Itu Indah

Mengumpulkan isi-isi tentang islam

Tuesday 26 September 2017

KELEBIHAN AIR KOSONG.CARA-CARA BUAT AIR PENAWAR

           Kelebihan Air Kosong


Bismillah...

Antara Beberapa Tips Atau Kelebihan Air Kosong/Air Masak Yang Admin Akan Kongsikan Kepada Semua.Seperti yang kita sedia maklum air masak atau air kosong ni ubat kepada pelbagai penyakit kalau kita amalkan,Bagi mereka yang aktif dengan tugasan luar setiap hari perlu menitikberatkan kesihatan bagi mengelakkan terkena penyakit atau mendapat kelesuan pada tubuh.disini beberapa kelebihan tentang air masak : 

1 - Mengelakkan Kulit Menjadi Cepat Kering.Dengan Aktiviti Luar Khususnya Aktiviti Lasak Berlakunya dihidrat air dalam tubuh kita yang menyebabkan kulit kita cepat kering,dalam hal ini akan menampakkan wajap kita lebih kusam dan nampak berumur lebih dari yang disebenar,

2 - Membantu Untuk Mencuci Dan Membersihkan Usus.bagi memastikan sistem pencernaan kita sentiasa sihat,amalan meminum air masak menjadi 1 kemestian kerana air masak mampu untuk membantu membersihkan usus,sekaligus memudahkan proses membuang air besar tanpa masalah sembelit.

3 - Meningkatkan Kesegaran Badan . Ya,Kesegaran badan adalah satu perkara yang harus ada untuk menjalankan tugas harian bagi lelaki mahupon wanita, pengambilan air masak ini mampu mengekalkan kesegaran tubuh .

4 - Membantu Mengurus Dan Melansingkan Badan.Tidak perlu product yang mahal yang menjanjikan tubuh badan yang lansing,Air Masak mampu untuk membantu melansingkan badan secara semula jadi,air masak berfungsi membawa keluar toksin di dalam tubuh dan tidak mempunyai bahan manis dan kalori.amalkan secara konsisten dan terbukti anda boleh lansing tanpa mengeluarkan modal yang banyak.

5 - Membantu Mengelakkan Penyakit.Dengan amalan meminum air masak ini mampu untuk menjadi pendinding tubuh dari penyakit yang sering yang berbahaya seperti Diabetis,Kencing Manis,Sembelit,Darah Tinggi,Dan sebagainya,
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI!

6 - Meningkatkan Kesuburan Lelaki & Wanita.Dengan Amalan Ini juga mampu meningkatkan tahap kesuburan bagi lelaki dan wanita .Pengeluaran Hormon Testosteron bagi lelaki dan Hormon Estrogen bagi wanita juga akan bertambah.

KAJIAN SAINS JUGA MENDAPATI
➤ Mengambil 1 gelas air sebaik bangun dari tidur membantu pengaktifan organ dalaman

➤Mengambil 1 gelas air selepas mandi boleh Mengurangkan Tekanan Darah Rendah

➤Mengambil 1 gelas air sebelum makan Membantu Proses Penghadaman

➤Mengambil 1 Gelas air sebelum tidur Mampu Mengelakan Strok & Serangan Jantung Pada Waktu Malam


Cara-Cara Buat Air Penawar Cara Islam
Tahukan anda??Air Masak Juga Boleh Dijadikan Air Penawar Dengan Cara Islam.Kami Sertakan Cara-Cara Dan Juga Bacaan Untuk Air Penawar,

⇨Baca surah Al-Fatihah 7 kali,Setiap kali selepas baca,tiup pada air,

⇨Baca Ayat Kursi 1 kali dan tiup pada air,

⇨Lepas tu selawat ke atas Nabi SAW 11 kali dan tiup pada air,


Kemudian pohon hajat kepada Allah,dan berdoa..



"Yaa Allah...!! Jadikan air ini sebagai penawar menyembuh penyakitku/...............(sebut nama pesakit).
Sesungguhnya Engkau lah yang menyembuhkan segala penyakit"


PERHATIAN KEPADA ORANG YANG MENJAMPI PADA AIR DAN JUGA ORANG SAKIT:
Berpegang di dalam hati bahawa Segala jenis ubat itu adalah SEBAB/PUNCA bagi menghilangkan penyakit,dan Allah lah yang menyembuhkan penyakit,..

Bagi admin air kosong atau air masak ini banyak khasiatnya yang ramai orang terlepas pandang,admin amalkan mnum air masak sebelum tidur dan selepas bagun tidur sememangnya memberikan cukup tenaga untuk aktiviti harian admin tanpa rasa lesu tubuh..
Jangan risau.air masak boleh menghilangkan demam,sakit tekak.batuk dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang menggangu tugas harian kita. 

Itulah Sedikit Sebanyak Perkongsian Dari Kami,Semoga Perkongsian Ini Bermanfaat Kepada Semua,Insyallah ~

28 comments:

  1. Mohon kongsi tips diatas ye... Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Saya mohon ambil tip ini dan gunakan untuk diri sendiri dan keluarga ye.

    Terima kasih atas perkongsian tip ini.
    Di doakan semoga beroleh pahala dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tuan..mohon kongsi ya tuan.untuk kegunaan ahli keluarga.

    ReplyDelete
  4. assalmualaikum mohon untuk sy amalkan ayat2 ni ye untuk merawat keluarga sy...

    ReplyDelete
  5. Mohon izinkan saya share ya

    ReplyDelete
  6. Izinkn sye menggunakn tips diatas

    ReplyDelete
  7. Izinkan saya beramal ilmu di atas.mohon halal ya.

    ReplyDelete
  8. ASSALAMUALAIKOM,DARI SAYA SABARIAH...SEMOGA DOA II YANG SAYA NIAT UNTUK BUAT AIR PENEWAR UNTUK DIRI ...SEMOGA SEHAT WALAFIATT AMINN🤲🤲

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    Saya Syukri. Izinkan dan halalkan saya beramal ilmu di atas

    Terima kasih.

    Wassalam...

    ReplyDelete
  10. Saya yusri..izinkan saya beramal ilmu yg dikongsikan..terima kasih..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikom izi kan saya beramal terima ksh

    ReplyDelete
  12. T.kasih atas perkongsian.. izinkan sy mengamalkan juga.. semoga menjadi asbab pulih dgn izin Allah

    ReplyDelete
  13. Izinkan saya untuk beramal untuk keluarga Terima kasib

    ReplyDelete
  14. Izinkan saya beramal ya terimakasih

    ReplyDelete
  15. Izinkan saya beramal.terima kasih

    ReplyDelete
  16. Izinkan saya beramal untuk keluarga saya ya. Terima kasih atas ilmu.

    ReplyDelete
  17. Mohon izin saya amalkan tips diatas..

    ReplyDelete
  18. Mohon Amal ye..insya Allah..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...
    Izinkan saya beramal dengan ilmunya.
    Terima kasih...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.izinkan saya beramal

    ReplyDelete
  21. Izinkan sy beramal pada sy dan keluarga sy

    ReplyDelete
  22. Izinkan saya beramal.. Terima kasih ya perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  23. Izonkan saya beramal. T kasih

    ReplyDelete