Islam Itu Indah

Mengumpulkan isi-isi tentang islam

Tuesday 10 October 2017

Amalan Zikir Harian Imam Al-Ghazali Untuk Amalan Kita Semua


Zikir harian.
zikir dimaksudnya mengingati atai sebut .dengan kata lain zikir ini menyebut kalimah2 suci yang membawa kepada ingat kepada Yang Maha Esa dan memuji Nama-Nama Allah s.w.t.
selain dari ibadah-ibadah lain seperti sedekah,solat dan amalan baik yang lain,Zikir juga merupakan 1 amalan yang banyak manfaatnya dan kelebihan kepada kita yang mengamalkannya.kelebihannya bukan sahaja dari segi pahala yang berlipat kali ganda,tapi juga meemberi ketenangan pada diri dan meneguhkan iman bagi mereka yang mengamalkannya.

Satu hadith yang bermaksud :
Daripada Abu Dzar berkata, lalu beliau bertanyakan kepada Nabi Muhammad ﷺ: “Sukakah Engkau (wahai Muhammad) untuk memberitahu ucapan apakah yang paling disukai Allah S.W.T.?”
Lalu Baginda menjawab: “Subhanallahi wabihamdih” (Maha suci Allah dan segala pujian bagi-Nya.)

ZIKIR HARIAN AMALAN IMAM AL GHAZALI
Bersama kami sertakan di bawah ini amalan Zikir Imam Al 
Ghazali Untuk dikongsi bersama pembaca yang mulia sekalian untuk di ambil dan diamalkan dalam hidup harian kita,zikir pendek yang besar manfaat dan kelebihan ini sebaik-baiknya di baca 1000 kali namun tidak perlu terikat dengan bilangan yang kami nyatakan,kerana semakin banyak dibaca semakin berganda ganjaran dari Allah s.w.t .
Namun jika anda inginkan juga mengamalkan zikir dalam bilangan yang kami nyatakan,Ianya tidak sudah sebenarnya,pecahkan angka 1000 itu kepada 5(5waktu solat) ,maka pada setiap waktu solat,bacalah dalam bilangan 200 pada setiap kali solat fardhu.

Zikir Hari Jumaat :
Ya Allah
(Wahai Allah)
Fadhilatnya:
Anda akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat, mengekalkan keimanan, menjadi seorang yang berusaha; dan bagi wanita, akan merasakan senang dan suka untuk menutup aurat dengan baik.

Zikir hari sabtu :

Laa ilaha illallah
(tiada tuhan melainkan Allah)
Fadhilatnya:
Diberikan ketenangan pada jiwa yang mengamalkannya

zikir hari ahad :


Yaa Hayyu yaa qoyyum

(Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa kekal)
Fadhilatnya:
Kehidupan anda akan dipelihara oleh Allah.

Zikir hari isnin :



Laa haula walaa quwwata illaa billa hil aliyyil ‘azim
(Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang maha besar)
Fadhilatnya:
Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.

zikir hari selasa :

Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi wa’ala alihi wasohbihi wasallim
(Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad nabimu yang Ummi, dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabatnya dan ucapkan salam kepada mereka)
Fadhilatnya:
Anda akan diberikan rahmat oleh Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak
Zikir Hari Rabu :
Astaghfirullahal’azim
(Aku memohon keampunan kepada Allah)
Fadhilatnya:
Setiap kali sebutan akan menghapuskan satu titik hitam di dalam hati anda.

Zikir hari khamis :

Subhanallahil azimi wabihamdih

(Segala puji bagi Allah yang maha besar dan segala puji bagi-Nya)
Fadhilatnya:
Akan dihapuskan dosa-dosa anda sebanyak buih di lautan. Setiap kali disebut akan tertumbuh 1 pohon di taman syurga untuk sesiapa yang mengamalkannya.

beberapa amalan zikir harian yang kami kongsikan ini adalah amalan Imam Al-Ghazali.Amalkan Zikir-zikir pendek dan mudah ini dalam hidup harian kita,semoga beroleh ketenangan dalam hidup dan juga menguatkan iman kita kepada Allah s.w.t .Sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t janjikan kepada hambanya,


kongsi artikel ini untuk sebarkan amalan yang sangat bermanfaat ini kepada orang lain, semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit ilmu dan ganjaran dengan amalan zikir yang kami kongsikan ini, Insyallah

5 comments: