Anak-Anak Syurga
Dari Buraidah al-Aslami r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ ، وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا ، فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ ؟ فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا ، فَهُوَ فِي صُعُودٍ ، مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلًا
Artinya :: “Akan dipakaikan di kepalanya (yakni penghafal Quran) mahkota dan kedua ibu bapanya pula akan diberikan perhiasan yang tidak mampu dimiliki oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah swt menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari Quran”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat2 syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca Quran”.(Hadith Ahmad )
Artinya :: “Akan dipakaikan di kepalanya (yakni penghafal Quran) mahkota dan kedua ibu bapanya pula akan diberikan perhiasan yang tidak mampu dimiliki oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah swt menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari Quran”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat2 syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca Quran”.(Hadith Ahmad )
Janji Allah S.W.T Dalam AlQuran Bahawa Dia KAn Menjaga AlQuran Sehingga Hari Kiamat.Allah Menjaganya Dari Hilang Dengan meletakkannya Dalam hati Orang Yang Menghafal AlQuran.
Allah S.W.T bukan sahaja menurunkan al-quran semata-mata untuk dihafal di samping ia menjadi kitab rujukan manusia, bahkan Allah telah menyediakan ganjaran yang sangat banyak kepada orang yang menghafalnya sama ada di dunia dan di akhirat.
Ganjaran & Kelebihan Orang Yang Menghafal Al Quran
Terdapat 2 Ganjaran Atau kelebihan Bagi Mereka yang Menghafal AlQuran.
GANJARAN DIDUNIA
⇨ Mendapat Kemulian Allah S.W.T .Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
⇨ Akan Diangkat Menjadi Seorang Pemimpin.Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim).Pada hari ini orang yang banyak hafalannya diangkat sebagai pemimpin dalam solat, Akan datang Golongan Ini lah akan memimpi dunia
⇨ Mendapat Pengiktirafan Dari Nabi S.A.W .Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya: “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)
⇨ Al-Quran Menjanjikan Kebaikan.Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
GANJARAN AKHIRAT
⇨ Ibu Bapa Penghafaz Al-Quran Mendapat Kemuliaan.Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini". (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
⇨ Penghafaz AlQuran Akan Mendapat Syafaat(penolong) .Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).” (Hadis Riwayat Muslim)
⇨ Penghafaz AlQuran Akan Mendapat ganjaran Berlipat Kali Ganda. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf". (Hadis Riwayat Tarmizi)
Begitulah Kehebatan Al Quran yang Didalamnya Terdapat Hikmah Yang Tersurat Dan Tersirat .Walaupun Begitu Tidak Ramai Manusia Yang Ingin Mengambilnya Sebagai Wasilah Kehidupan.Baca AlQuran kerana terdapat banyak Kelebihan,Dan Insyallah Kita Akan Dapat Merasai Keberkatan Dalam kehidupan Jika Al Quran Dijadikan Cara Hidup..Sebab Janji Allah Itu Pasti
No comments:
Post a Comment